Wednesday 23 August 2017

BAB 2

OBJEKTIF PENGURUSAN ISLAM

1 ) Objektif sesebuah organisasi merupakan gagasan umum yang melambangkan matlamat yang hendak dicapai . Ia menjadi garis panduan yang hendak dituju oleh sesebuah organisasi .

2 ) Dengan adanya objektif yang jelas , membolehkan segala sumber yang ada serta segala usaha dapat digerakkan kearah pencapaian objektif yang telah digariskan .

3) Melalui objektif juga membolehkan perancangan dilaksanakan dengan sebaik mungkin dengan mengambilkira realiti masa kini , pengalaman masa lampau serta tuntutan untuk masa hadapan .

4 ) Di samping itu , objektif juga membolehkan perancangan dilaksanakan dengan sebaik mungkin terhadap pencapaian yang diperolehi . Ia akan mengenalpasti masalah dan cabaran serta pendekatan yang dilakukan untuk menghadapi masalah yang datang .


Matlamat Umum Syari' ah Islamiah :

i ) Menjaga keselamatan agama

ii ) Menjaga keselamatan jiwa ( nyawa )

iii ) Menjaga keselamatan akal

iv ) Menjaga keselamatan maruah

v ) Menjaga keselamatan harta


PERINSIP PENGURUSAN ISLAM :

a ) Al -Ubudiyyah
     - Sifat pengabdian diri seorang insan dengan setulusnya hanya kepada allah .

b ) Al -syura
     - Merupakan prinsip pengurusan islam yang ke dua . Kepentingannya ditegaskan dengan nyata di dalam al - quran dapat dikukuhkan oleh sunnah rasulullah s.a.w serta amalan para sahabat .

c ) Al -Hurriyah
     - Prinsip ini bertitik tolak daripada hakikat pengiktirafan islam terhadap kebebasan yang manusia miliki sejak ia dilahirkan .

d ) Al -musawah
    - Persamaan berkaitan dengan hakikat bahawa manusia adalah berasal daripada keturunan yang satu iaitu berasal daripada nabi adam a.s .

PERINSIP OPERASI

Prinsip operasi merupakan prinsip sejagat yang dalam hal ini terdapat juga sebahagian daripada prinsip ini dipraktis dalam pengurusan moden. Pengurusan Islam telah memperluas prinsip operasi ini dengan menambah beberapa prinsip tersendiri yang membezakannya dengan pengurusan moden. Prinsip-prinsip operasi ini penting bagi membolehkan pengurus melaksanakan kerja-kerja pengurusan mengikut seperti yang dikehendaki oleh Islam.

DEFINISI ORGANISASI

 Satu unit sosial yang terdiri daripada manusia yang bekerjasama dan saling bergantung antara satu dengan lain bagi mencapai matlamat individu, kumpulan dan organisasi. Dalam buku ‘Mengurus Secara Islam’, Yusof Ismail mengungkapkan, organisasi didefinasikan sebagai “struktur perhubungan untuk menyelesaikan pekerjaan”(Jackson dan Musselmen,108),”kumpulan dua atau lebih orang yang wujud dan beroperasi untuk mencapai objektif yang dinyatakan dan dipersetujui bersama

KETAATAN KEPADA ORGANISASI

 Merujuk kepada ketaatan seseorang pekerja kepada pengurus dan seorang pengurus kepada ketuanya.
Prinsip utama ketaatan ialah selagi arahan atau perintah daripada pengurus tersebut tidak bercanggah dengan Islam, maka menjadi kewajipan pekerja mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh majikannya.
Terdapat juga beberapa faktor yang perlu diambil kira bagi menjadikan arahan tersebut boleh diterima :

arahan tersebut mestilah berada dalam bidang tersebut. 
kerja yang disuruh tersebut terdapat dalam deskripsi kerja.
kerja tersebut boleh dilakukan mengikut keupayaan mental dan fizikal pekerja.

Ketaatan kepada organisasi dapat dibahagikan kepada dua bentuk:

Kesetiaan kepada organisasi
Seseorang pengurus mesti setia kepada organisasinya. Beliau TIDAK BOLEH :
 Mengambil tindakan yang boleh menimbulkan risiko yang besar kepada organisasinya.
 Membuat keputusan yang mungkin membawa kepada kerugian syarikatnya.
Membelakangkan kepentingan organisasinya demi kepentingan organisasi yang lain seperti memberikan maklumat rahsia organisasinya kepada organisasi pesaing.
Kepatuhan kepada disiplin
 Kepentingan disiplin sememangnya tidak dinafikan bagi memastikan operasi organisasi berjalan dengan lancar.
 Organisasi perlu menyediakan dasar dan peraturan supaya dipatuhi oleh setiap individu yang bekerja di dalamnya.
Tanpa disiplin, operasi organisasi akan jadi kacau bilau yang akibatnya akan memusnahkan organisasi akhirnya. 
Setiap pengurus diamanahkan oleh majikan dan pihak pengurusan atasan bagi memastikan segala peraturan dan arahan yang berkaitan dengan kerja diikuti oleh pekerjanya dan diri pengurus itu sendiri.

CIRI CIRI ORGANISASI

       Sesebuah organisasi yang telah dibentuk akan melambangkan identitinya yang tersendiri. Misalnya, sebuah pusat pengajian tinggi termasuk politeknik seharusnya melambangkan tempat untuk menimba ilmu, sebagai sebuah pusat penyelidikan, dan juga sebagai sebuah institusi yang memberi perkhidmatan dan sumbangan kepada masyarakat sama ada dalam bentuk bimbingan atau khidmat nasihat, dan pengajaran dan pembelajaran lain. Untuk mencerminkan identiti atau nilai-nilai tinggi sebagai sebuah menara gading, universiti hendaklah memainkan peranan yang diharapkan oleh masyarakat kampus khususnya dan masyarakat awam amnya. Dengan demikian fungsi sesebuah universiti itu didapati berbeza dengan organisasi-organisasi lain yang mempunyai objektif tertentu.

        Di dalam sesebuah organisasi, sama ada organisasi kecil atau besar, ia mempunyai hierarki atau tingkat autoriti. Jika dibandingkan antara kedua-dua organisasi kecil dan besar, sudah tentu ia berbeza dari segi bilangan hierarki (tingkat) aktiviti dan bilangan kakitangan pengurusan pada setiap tingkat. Misalnya, organisasi besar mungkin mempunyai lebih daripada tiga tingkat autoriti dan setiap tingkat autoriti itu akan mempunyai lebih daripada tiga atau empat pegawai yang bertanggungjawab kepada ketua-ketua mereka yang berada pada peringkat yang lebih tinggi lagi.

       Di dalam sesebuah organisasi, terdapat pembahagian kerja berdasarkan jenis pekerjaan atau bahagian yang diwujudkan. Pada umumnya, organisasi pembuatan mewujudkan bahagian-bahagian seperti bahagian pengeluaran dan pentadbiran. Di bahagian pentadbiran, terdapat beberapa unit lain seperti personel, pemasaran, dan kewangan. Organisasi yang mempunyai tiga bahagian itu beroperasi secara pembahagian kerja mengikut tanggungjawab yang tertentu. 



BAB 3

PERANCANGAN

·        Elemen utama dalam pengurusan ialah perancangan.

·        Dalam sesebuah organisasi, perancangan merupakan sesuatu perkara yang paling utama dan perlu dititikberatkan oleh pihak pengurusan.

·        Menurut Wan Azmi Ramli (1981) : dalam bidang pengurusan, merancang merupakan fungsi pengurusan yang pertama.
Pengorganisasian, pengarahan dan pengawalan tidak dapat dijalankan dengan sempurna tanpa perancangan.
Peranacangan yang teliti dan berpandangan jauh akan mempengaruhi keberhasilan dan kejayaan sesebuah organisasi.
Perancangan yang teliti juga melambangkan keunggulan sesebuah organisasi.

Menurut elemen perancangan biasanya melibatkan perkara-perkara berikut :

      i )  Pengenalpastian sumber yang ada
ii ) Penentuan matlamat dan objektif organisasi.
iii ) Penentuan garis panduan untuk mencapai objektif.
iv ) Jangka waktu yang ditentukan.
v ) Falsafah dan prinsip organisasi.
vi ) Keseluruhan kegiatan organisasi.




DEFINISI :-

Ditakrifkan sebagai satu proses menentukan objektif yang dikehendaki dan seterusnya membina strategi-strategi tindakan yang sesuai dan terbaik dengan mengambil kira faktor-faktor dalaman organisasi dan persekitaran luaran.
Perancangan yang allah jelaskan bahawa dalam menguruskan kehidupan tidak boleh hanya bergantung pada satu pendekatan tetapi harus mempelbagaikan pendekatan serta strategi.
Allah juga menegaskan bahawa perancangan amat penting sebelum menghadapi atau melakukan sesuatu malah perlu bijak dalam menguruskan kehidupan agar tidak susah kemudian hari.
Proses perancangan dalam pengurusan islam ~

1.   Menentu dan menetapkan hala tuju sesebuah organisasi.

·        Hala tuju merupakan asas penting kepada sesuatu perancangan.

·        Tanpa hala tuju, sesebuah organisasi tidak akan mencapai matlamat yang ditentukan.

2.   Menganalisis suasana dan status semasa.

·        Menganalisis suasana dan status yang melibatkan persekitaran dalaman dan luaran organisasi serta hubungannya dengan matlamat yang hendak dicapai.

·        Pengurus perlu melihat tahap keupayaan organisasi.

·        Membuat penilaian secara kritis sekali gus menjawab persoalan tentang prestasi sebenar organisasi.



3.   Membuat analisis bantuan dan halangan.

·        Sesebuah organisasi perlulah membuat andaian asas tentang masa depan organisasi.

·        Perlu mengenalpasti segala bantuan yang boleh menjayakan perancangan dan juga halangan yang akan membantutkan usaha mencapai objektif.

4.   Mewujudkan strategi yang sesuai


Pengurus perlu mewujukan strategi yang sesuai dan pelan tindakan untuk mencapai objektif.
Strategi dan rancangan boleh dilihat melalui perspektif, iaitu :

i) Melalui fungsi bahagian atau jabatan seperti rancangan pengurusan sumber manusia.


ii) Melalui jangka waktu tertentu sama ada rancangan jangka pendek atau jangka panjang.


iii) Melalui perhubungan dan kaitannya dengan persekitaran.

 Peringkat Dakwah Rasulullah SAW

1.   Dakwah yang dilanksanakan bersifat tertutup dan sulit. Hal ini kerana baginda mengambil kira kekuatan yang ada pada umat islam ada ketika itu dan ancaman daripada kaum musyrikin Mekah.

2.   Setelah umat islam mencapai kekuatan dan bilangan umat islam semakin bertambah ketika itu, dakwah dijalankan secara terbuka dan terang-terangan.

3.   Apabila ancaman semakin kuat, baginda berhijrah ke madinah. Perancangan untuk berhijrah ke Madinah telah dilakukan oleh baginda dengan teliti. Sesudah sampai di madinah, baginda mempersaudarakan kaum Ansar dan Muhajirin.



AHLI KUMPULAN : -

MUHAMMAD HAZIM BIN HAMISAN                            30DIB16F1052

MUHAMMAD AIDIL AZIM BIN MUTAFFA KAMAL             30DIB16F2007
NOR HAFIZI BIN NOR HAZAM                                         30DIB16F2023
MUHAMMAD ZUHAILI BIN ZAMRI                                    30DIB15F2051

No comments:

Post a Comment